Sejarah Petempatan Kampung Laut
Kampung Laut merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional yang berada di Wakaf Baru, Kelantan. Kampung ini terletak di bahagian timur laut Semenanjung Malaysia iaitu berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Provinis Narathiwat, Thailand. Selain itu, masyarakat yang mendiami kampung ini terdiri daripada masyarakat yang berkaum Melayu. Majoriti masyarakat Melayu di kampung Laut ini menganuti agama islam tambahan lagi kampung Laut dikatakan sebagai antara salah satu tempat pusat penyebaran agama islam oleh pedagang-pedagang luar sejak daripada abad ke 15.
2.0 Sejarah Pembukaan Kampung Laut
Kampung laut pada asalnya merupakan sebuah kawasan yang berada berdekatan dengan laut China Selatan. Namun, apabila berlaku penimbunan dan pembesaran delta sungai Kelantan, Kampung Laut menjadi semakin besar dan berada jauh daripada laut. Oleh itu, daripada kisah tersebutlah dipercayai wujudnya sebuah kampung yang diberi nama Kampung Laut.
3.0 Keunikan atau simbolik Kampung Laut
Laman Warisan Kampung Laut terkenal dengan tiga komponen utama iaitu Laman Serunding, Laman Warisan Seni serta Masjid Kampung Laut.
Laman Warisan Serunding
Laman Warisan Serunding Kampung Laut menyediakan ruang niaga untuk sembilan usahawan anak tempatan Kampung Laut yang menjual makanan istimewa tempatan seperti serunding, dodol dan gelembung buaya. Laman Warisan Serunding mendapat tumpuan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memandangkan serunding di Kampung Laut merupakan pusat pembuatan seruding yang terbesar di Malaysia dan terkenal di negeri Kelantan. Antara serunding yang dipasarkan di seluruh semenanjung Malaysia ialah Serunding Daging, Ayam, Ikan serta Bilis.
Kampung Laut turut terkenal dengan hasil kesenian dan kraf tangan yang diwarisi sejak turun temurun. Masyarakat di Kampung Laut gemar menghasilkan karya-karya seni seperti batik, wau serta hasil barangan kraf tangan. Penghasilan Wau merupakan hasil kesenian utama bagi masyarakat tempatan Kampung Laut. Mereka sering kali menghasilkan wau Sobek. Keunikan penghasilan hasil seni di Kampung Laut ini telah mendapat perhatian oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam projek pembangunan semula Kampung Laut yang turut melibatkan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.
Comments
Post a Comment